SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK SERI KANDI :)

Tuesday, 27 September 2011

SEJARAH SERI KANDI
NOSTALGIA
          
         Pada 23 oktober 2000 , 23 orang guru telah diarahkan Pengurus Operasi (Care Taker) SMK Seri Kandi untuk menguruskan dan mentadbir sebuah sekolah baru yang telah bermula . Guru-guru yang diamanahkan untuk menerokai sekolah ini ialah En. Salleh hudin b kamarudin , yang sebelum ini bertugas di SMK ST Anthony dan En. Mohd Akhyar b Ashaari dari SMK Sultan Abdul Aziz Teluk Intan.

         Buat seketika , Care Taker ditemani oleh beberapa warga baru sekolah iaitu seorang Pembantu Tadbir , seorang PAR dan seorang Pembantu Makmal. Akhirnya pada 1 Disember 2000 Pn. Napsiah Bt Abu Talib , Penolong kanan SMK Convent telah menyahut cabaran dan menerima tugas pengetua pertama sekolah ini. Tugas kedua-dua Care Taker menjadi lebih mudah dan meyakinkan apabila pengetua baru ini mengetuai pasukan pelopor sekolah . Sebagai seorang pentadbiryang berpengalaman luas , Pengetua baru telah berjaya membentuk satu pasukan kerja yang dinamik terdiri daripada sekumpulan guru dan kakitangan pelapor seramai 19 orang kesemuanya (12 orang guru termasuk 2 orang guru GSTT ,1 orang PT , 1 orang Pembantu makmal . 1 orang PAR dan 3 orang PRA).SMK Seri Kandi bertuah dan bersyukur mendapat seorang ketua pentadbir yang dedikasi pada masa itu.

Sejarah sekolah ini terus mengisi lebaran nya pada 3 Januari 2001 apabila sekumpulan pelajar sulung mula melapor kan diri untuk belajar di sini..Selepas itu , pengetua terus menjadi peneraju utama dengan di bantu oleh pasukan nya serta penglibatan PIBG sekolah demi menentu kan visi dan misi sekolah tercapai..

Sekolah ini mula beroperasi pada 3 Januari 2001 dengan  bilangan pelajar seramai 175 orang. Pelajar-pelajar sekolah ini datang daripada :

Sek.Keb.Selabak-83 pelajar
Sek.Jen.Keb.(C)Batu 12-35 pelajar
Sek.Jen.Keb.(T)Ladang Natesa Pillay-22 pelajar
Sek.Jen.Keb,(T)Dato' Sithambaram Pillay-02 pelajar
Sek.Jen.Keb.(T)Ladang Selaba-24 pelajar
Sek.Perempuan Methodist-9 pelajar

1 comment: