SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK SERI KANDI :)

Info Kaunseling


             KEMAHIRAN BELAJAR

           -Kemahiran Mendengar
           -Kemahiran Membaca
           -Kemahiran Menulis
           -Kemahiran Mengambil Nota
           -Kemahiran Mengingat

INVENTORI PERSONALITI WARNA


BIL.
ITEM
YA
TIDAK
1.
Saya cepat menyelesaikan diri dengan situasi baru.


2.
Saya lebih tua dari umur sebenar saya daripada segi pemikiran.


3.
Saya mudah mesra bila berhubung dengan orang lain.


4
Saya adalah dalam golongan orang yang pandai.


5.
Saya amat selesa dengan pengekalan cara hidup tradisi.


6.
Saya bersemangat mengikuti subjek yang merangsang minda.


7.
Saya suka kelihatan berbeza daripada orang lain.


8.
Saya isikan masa lapang dengan aktiviti luar yang menyeronokkan.


9.
Saya sangat menghargai kehidupan berkeluarga.


10.
Saya sentiasa membaca untuk menambah ilmu pengetahuan.


11.
Saya suka menunjukkan keperibadian saya sebenar dalam semua keadaan.


12.
Saya suka bergaul dengan semua orang.


13.
Saya akan melakukan segala kerja secara bersistematik.


14.
Saya sering bertanya guru mengenai persoalan yang mengganggu minda saya.


15.
Saya selalu memberi dorongan kepada orang lain untuk melakukan sesuatu pekerjaan.


16.
Saya tidak gentar dengan sebarang cabaran.


17.
Saya selesa menghormati pihak berkuasa.


18.
Guru merupakan orang yang sangat saya hormati.


19.
Saya senang berinteraksi dengan orang lain.


20.
Saya seorang yang suka aktiviti perkhemahan.


21.
Saya mempunyai emosi yang stabil.


22.
Saya berminat untuk meneroka semua bidang.


23.
Saya cenderung memilih pekerjaan dalam bidang pendidikan.


24.
Persaingan adalah baik bagi saya.


25.
Saya sentiasa patuh kepada peraturan walau di mana saya berada.


26.
Saya seorang yang sabar.


27.
Saya amat sesuai melibatkan diri dalam aktiviti menolong orang lain.


28.
Saya sukakan perkara yang berbentuk amali daripada teori.


29.
Saya amat menghargai masa.


30.
Saya suka menganalisis diri sendiri dan orang lain.


31.
Saya lebih suka melibatkan diri dalam pekerjaan yang ada unsur-unsur kesenian.


32.
Saya selalu menimbulkan suasana keceriaan ketika tegang.


33.
Saya sanggup bekerja keras untuk kepentingan organisasi.


34.
Saya akan berpuas hati setelah kerja disiapkan dengan sempurna.


35.
Saya berkebolehan untuk menyelami perasaan orang.


36.
Saya selalu memberikan gerakbalas yang spontan dalam setiap tindakan.


37.
Saya selesa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.


38.
Saya suka membincangkan falsafah tentang sesuatu perkara.


39.
Saya memiliki ciri-ciri seorang pengasuh.


40.
Saya suka kepada sesuatu yang luar biasa dan mencabar.


41.
Saya seorang yang suka berjimat cermat.


42.
Saya sering meminta penjelasan tentang sesuatu persoalan.


43.
Saya percaya setiap orang mempunyai harga diri.


44.
Saya sukakan aktiviti yang berbahaya tetapi menyeronokkan.


45.
 Saya tidak suka berpakaian selekeh.


46.
Saya suka kepada perkara yang memerlukan aktiviti penyelidikan.


47.
Saya lebih bermotivasi sekiranya diberi dorongan.


48.
Saya seorang yang kelakar.


49.
Saya sering kali bersifat konkrit.


50.
Saya gemar membahaskan sesuatu teori.


51.
Saya tidak berminat dengan aktiviti yang melibatkan persaingan.


52.
Saya tidak suka pelajaran yang memerlukan pembacaan yang banyak.


53.
Saya seorang yang bertanggungjawab.


54.
Saya mempunyai prinsip hidup yang jelas.


55.
Saya mahu mendapat kepujian daripada orang lain di atas setiap kejayaan saya.


56.
Saya suka aktiviti ko-kurikulum yang lasak.


57.
Saya bersifat keibubapaan.


58.
Saya cenderung untuk merekacipta sesuatu yang baru.


59.
Keadaan perbalahan selalu mengganggu emosi saya.


60.
Saya bosan dengan kerja berstruktur.


61.
Saya seorang yang mementingkan keharmonian.


62.
Saya berkebolehan menjalankan sesuatu tugas dengan sempurna.


63.
Saya seorang pendengar yang baik.


64.
Saya bosan dengan kerja-kerja yang rigid.


65.
Saya seorang yang amanah.


66.
Saya sentiasa bersifat ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu.


67.
Adakah anda seorang yang mudah menyayangi orang lain.


68.
Saya bosan dengan kerja yang rutin.


69.
Saya sentiasa bersedia untuk melakukan sesuatu kerja.


70.
Saya adalah seorang yang tenang.


71.
Sekali sekala saya mudah terasa apabila orang lain bercakap mengenai diri saya.


72.
Saya puas hati dengan kerja yang melibatkan kebebasan.


73.
Saya selalunya dapat membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan.


74.
Saya berminat menyertai pertandingan yang mencabar minda.


75.
Saya tidak gemar menonton cerita yang berunsur keganasan.


76.
Saya puas hati dengan kerja yang dapat menggunakan koordinasi fizikal.


77.
Saya berpuas hati kerana dapat menolong seseorang yang memerlukan pertolongan.


78.
Bagi saya kerja itu adalah suatu permainan.


79.
Saya mudah rasa bersalah apabila tidak mematuhi nasihat ibu bapa.


80.
Saya puas hati dengan kerja yang menggunakan alatan.


81.
Saya selalu memastikan kestabilan dalam suasana pekerjaan.


82.
Saya seorang yang sangat menyukai tugas yang mencabar.


83.
Saya mudah memaafkan kesalahan orang lain.


84.
Saya seorang yang performer semula jadi.


85.
Saya seorang yang teliti dalam membuat sesuatu pekerjaan.


86.
Saya suka merekacipta sesuatu model.


87.
Saya mudah simpati kepada seseorang walaupun ternyata dia bersalah.


88.
Saya tidak suka dikongkong.


89.
Saya sentiasa bersifat wajar dalam membuat sebarang keputusan.


90.
Saya lebih suka meneroka idea-idea baru.


91.
Saya suka meniru gaya orang lain.


92.
Saya tidak suka kepada peraturan.


93.
Saya berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang memerlukan perincian.


94.
Saya berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti berbentuk ilmiah.


95.
Zaman persekolahan saya begitu membosankan kerana terpaksa mengikut peraturan.


96.
Pekerjaan tanpa jadual sangat menarik minat saya.


97.
Saya mahir menyusun atur tempat kerja.


98.
Saya akan beralih ke projek yang baru setelah menyelesaikan tugas yang lama.


99.
Saya suka berkhayal tentang masa hadapan.


100.
Saya suka melakukan kerja tanpa tekanan.







PETUA MENGURUSKAN STRESS
Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll.
Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.
Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda. Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada; perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya – sikap . kita terhadap sesuatu keaddan. Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada bagaimana anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu pengalaman pahit atau satu cabarang yang merangsang?
Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.
1) Senaman pernafasan.
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.
2)Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur.
3)Penggambaran.
Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.
4)Pengurutan (Massage).
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.
5)Kelegaan otot.
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.
6)Muzik.
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.
7)Pengurusan masa.
Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.
Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).


SEMAKAN TAWARAN


apps.moe.gov.my
© Hakcipta Terpelihara 2011 - Dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat , Kementerian Pelajaran MalaysiaPenafian : Pengguna Web bertanggungjawab untuk merahsiakan pengenalan identiti pengguna masing-masing. Kementerian Pelajaran Malaysia, Bah...



























No comments:

Post a Comment