SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK SERI KANDI :)

Friday, 30 September 2011

MAKLUMAT SEKOLAH
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi
Kod sekolah    : AEA 5080
No.Telefon      : 056221667
No.Fax           :056237521
E-mel sekolah :smkserikandi@yahoo.com

Thursday, 29 September 2011

ASAL USUL NAMA SERI KANDI
SMK Seri Kandi diberikan oleh Jabatan Negeri Perak , Ipoh.Seri bermaksud sekolah alaf baru . Manakala Kandi diberikan oleh Pengarah Pendidikan Perak iaitu Haji Adnan b Haji Ibrahim, kerana pada mula nya SMKSK untuk SMK Convent tetapi disebabkan pelajar-pelajar SK Selabak tiada sekolah berdekatan maka SMK Convent tidak jadi berpindah ke SMK Seri Kandi.Kemudian pelajar-pelajar Sk Selabak bersekolah di SMK Seri Kandi.

Wednesday, 28 September 2011

MISI SEKOLAH 
Kami warga SMK SERI KANDI berjanji untuk merealisasikan Visi Sekolah selaras dengan Visi dab Misi Jabatan Pendidikan Negeri Perak , maka dengan ini kamu penuh tanggungjawab menggembleng usaha secara berterusan untuk melahirkan kecermelangan yang bertaraf dunia dalam bidang :
    a.Pengurusan dan kepimpinan yang cekap , berkesan , telus dan tulus 
    b.Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang 
    c.Sukuan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif 
    d.Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insani 
    e.Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari , jati diri dan intergrasi nasional ..
VISI SEKOLAH  

"KE ARAH WARGA BERILMU , SEKOLAH CEMERLANG , GEMILANG DAN TERBILANG MENJELANG 2013"
FALSAFAH SEKOLAH 
Ke Arah Peningkatan Pendidikan Bertaraf Global
manusia golongan yang mempunyai akal boleh bimbing , dibentuk dan di didik menjadi golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang berfaedah dan mempunyai moral yang tinggi . Sesuai denga perkembangan dunia pendidikan negara pada masa kini , SERI KANDI mahu menbawa warga sekolah ke arah peningkatan pendidikan setinggi yang boleh .Kita berusaha untuk mempertingkatkan status pendidikan sehingga ke taraf global menerusi media yang sedia ada dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi termasuk melalui kreativiti , inisiatif dan inovatif warga SERI KANDI keseluruhannya .Usaha akan digemblengkan bersama ke arah kecermelangan pendidikan yang meliputi bidang kurikulum , sahsiah dan disiplin serta pntadbiran sekolah .. 
     

Tuesday, 27 September 2011

SEJARAH SERI KANDI
NOSTALGIA
          
         Pada 23 oktober 2000 , 23 orang guru telah diarahkan Pengurus Operasi (Care Taker) SMK Seri Kandi untuk menguruskan dan mentadbir sebuah sekolah baru yang telah bermula . Guru-guru yang diamanahkan untuk menerokai sekolah ini ialah En. Salleh hudin b kamarudin , yang sebelum ini bertugas di SMK ST Anthony dan En. Mohd Akhyar b Ashaari dari SMK Sultan Abdul Aziz Teluk Intan.

         Buat seketika , Care Taker ditemani oleh beberapa warga baru sekolah iaitu seorang Pembantu Tadbir , seorang PAR dan seorang Pembantu Makmal. Akhirnya pada 1 Disember 2000 Pn. Napsiah Bt Abu Talib , Penolong kanan SMK Convent telah menyahut cabaran dan menerima tugas pengetua pertama sekolah ini. Tugas kedua-dua Care Taker menjadi lebih mudah dan meyakinkan apabila pengetua baru ini mengetuai pasukan pelopor sekolah . Sebagai seorang pentadbiryang berpengalaman luas , Pengetua baru telah berjaya membentuk satu pasukan kerja yang dinamik terdiri daripada sekumpulan guru dan kakitangan pelapor seramai 19 orang kesemuanya (12 orang guru termasuk 2 orang guru GSTT ,1 orang PT , 1 orang Pembantu makmal . 1 orang PAR dan 3 orang PRA).SMK Seri Kandi bertuah dan bersyukur mendapat seorang ketua pentadbir yang dedikasi pada masa itu.

Sejarah sekolah ini terus mengisi lebaran nya pada 3 Januari 2001 apabila sekumpulan pelajar sulung mula melapor kan diri untuk belajar di sini..Selepas itu , pengetua terus menjadi peneraju utama dengan di bantu oleh pasukan nya serta penglibatan PIBG sekolah demi menentu kan visi dan misi sekolah tercapai..

Sekolah ini mula beroperasi pada 3 Januari 2001 dengan  bilangan pelajar seramai 175 orang. Pelajar-pelajar sekolah ini datang daripada :

Sek.Keb.Selabak-83 pelajar
Sek.Jen.Keb.(C)Batu 12-35 pelajar
Sek.Jen.Keb.(T)Ladang Natesa Pillay-22 pelajar
Sek.Jen.Keb,(T)Dato' Sithambaram Pillay-02 pelajar
Sek.Jen.Keb.(T)Ladang Selaba-24 pelajar
Sek.Perempuan Methodist-9 pelajar